Kebiasaannya kaum wanita suka buatkan masker menggunakan putih telur untuk menanggalkan bintik hitam dan bintik putih. Anda pernah cuba?
Mungkin anda tidak tahu, masker telur sebenarnya mempunyai khasiat tersendiri untuk kecantikkan kulit wajah dan dapat menjadikan kulit lebih licin.
Untuk artikel kali ini, kami di notawanita nak kongsikan cara membuat masker menggunakan putih telur dan kuning telur untuk mengecilkan pori, menegangkan muka dan menjadikan kulit lebih cerah dan licin.
Cara Buat Masker Telur Untuk Kulit Lebih Licin
Masker Putih Telur – Pecahkan sebiji telur. Asingkan putih dan kuningnya. Pukul putih telur sehingga berbuih. Bila buihnya dah kental, sapukan pada kulit muka yang telah dibersihkan terlebih dahulu. Biarkan masker putih telur kering di wajah untuk beberapa minit. Bila dah rasa muka agak tegang, cuci muka dengan air yang bersih. Lapkan kering. Kemudia ambilkan seketul ais dan gosokkan ke muka untuk mengecilkan pori-pori.
Masker Kuning Telur – Untuk membuat masker kuning telur pula, anda perlu pukul kuning telur dengan garfu dan sapukan ke bahagian wajah. Biarkan sehingga kering. Selepas itu cuci muka sehingga bersih. Masker kuning telur ini sesuai untuk anda yang mempunyai masalah kulit wajah terlalu kering atau berminyak. Ia akan membuatkan kulit wajah lebih halus dan licin.
Senang kan Cara Buat Masker Telur Untuk Kulit Lebih Licin? Jadi jangan lupa mencubanya.
sumber notawanita.com
loading...