Sebarkan Info Berguna Ini!! Anda Mungkin Tidak Akan Membersihkan Dalam Telinga Anda Lagi Selepas Anda Baca Ini! INI SEBABNYA KENAPA...???


Adakah menjadi rutin harian anda membersihkan telinga anda dengan kapas setiap kali mandi? Ia mungkin bukan idea yang baik.

Ringkasnya, telinga kita bukanlah bertujuan untuk dibersihkan. Telinga mempunyai proses pembersihan tersendiri. Dengan meletakkan objek asing di dalam telinga untuk melakukan 'pembersihan', ia boleh mengganggu proses semula jadi badan anda dan boleh mencederakan telinga.


Apabila anda membersihkan telinga anda selepas mandi, anda mengeluarkan cerumen, atau dikenali sebagai tahi telinga.

Cerumen adalah ciri yang sihat bahagian dalam telinga anda. Ia adalah perlindungan dan bersifat anti-bakteria. Ia berada berhampiran gendang telinga dan akan perlahan-lahan keluar, menjadi kering dan jatuh. Ini adalah proses biasa 'penyelenggaraan' telinga.

Apa yang berlaku apabila anda menggunakan putik kapas?

Apabila anda memasukkan putik kapas ke dalam telinga anda, anda menolak tahi telinga jauh ke dalam telinga. Ini boleh menyebabkan ia tersekat dan menghalang gegendang telinga menyebabkan komplikasi berlaku. Ia juga mengakibatkan bakteria dari luar 
telinga masuk ke dalam telinga yang boleh menyebabkan jangkitan..

Telinga anda tidak perlu dibersihkan. Menurut Dr Douglas Backous, pengarah pendengaran dan pembedahan asas tengkorak, 
sering menggosok kulit telinga anda akan menyebabkan histamin akan dibebaskan. Jika anda merasakan ada terlalu banyak tahi telinga atau telinga anda sangat kotor, pergilah jumpa doktor. Doktor mungkin mengesyorkan melakukan pembersihan. Jadi, jangan cuba untuk melakukannya sendiri!

Anda perlu jumpa doktor jika anda:

  • Banyak tahi telinga
  • Bunyi sesuatu daripada telinga
  • Telinga gatal teruk
  • Sakit telinga yang kerap
  • Mengalami masalah pendengaran
  • Telinga berbau
Mungkin sudah tiba masanya untuk anda berhenti membersihkan diri telinga anda sendiri dan dapatkan nasihat daripada doktor sebaik-baiknya.

sumber http://mynetwork1988.blogspot.co.id/2016/11/sebarkan-info-berguna-ini-anda-mungkin.html

Suka dengan ini?
|

loading...