“Mak tengok anak Su yang bongsu asyik tak sihat sahaja. Kalau tak selesema, batuk. Su ada cuba kasi Lin makan halia tak? Kalau belum, hiris halia halus-halus masukkan dalam bubur dan kasi Lin makan. Nanti, hilang semua selesema dan batuk. Lagipun Lin sudah nak masuk setahun, boleh makan halia.”
Ishh biar benar nak kasi anak kecil makan halia. Pedas tu. Orang dewasa bolehlah lagi tahan pedas halia. Adakah bayi turut mendapat kebaikan halia seperti orang dewasa?
Halia sebenarnya bukan sahaja beri kebaikan pada orang dewasa malah bayi seawal berusia lebih lapan bulan yang memakannya membantu meningkatkan kesihatan tubuh badan.
7 Kebaikan Halia Pada Anak Kecil
1. Rawat masalah penghadaman
Halia membantu memudahkan pencernaan makanan selain mengurangkan kembung perut yang sering dialami oleh anak kecil.
Malah, penggunaan sedikit halia dalam makanan seperti sup mampu menaikkan lagi aroma dan meningkatkan selera makan.
2. Bantu atasi masalah sembelit
Jika anak susah buang air besar, masukkan hirisan halia ke dalam makanannya seperti bubur ayam. Ia akan melawaskan semula pembuangan air.
3. Kurangkan rasa mual dan muntah
Bila nampak anak ada simptom muntah-muntah namun, beri anak makan hirisan halia dalam jumlah yang kecil. Ia membantu mengurangkan gesa untuk muntah.
4. Legakan sakit perut
Memang selalu kita dengar halia dapat melegakan angin dalam badan. Ia juga bertindak sama untuk anak kecil.
Suku sudu jus halia segar sudah mampu melegakan sakit perut anak.
Lebih sedap jika anda mencampurkan halia ke dalam minuman seperti jus lemon atau teh.
5. Ubati ulser gastrik
Anak kecil mudah terkena ulser gastrik yang disebabkan oleh asid perut kerana sistem imunisasinya masih lemah dan tidak berupaya menangkis asid. Dengan makan halia dapat membantu mengatasi ulser gastrik.
6. Hilangkan selesema
Rebus halia dan sejukkan. Beri minum air halia pada anak yang selesema. Pasti selesema anak akan berkurangan.
Pastikan anda merasanya terlebih dahulu supaya ia tidak terlalu pahit. Anda juga boleh manambahkan sesudu madu asli untuk anak berusia 1 tahun ke atas.
7. Redakan batuk
Batuk yang berlanjutan boleh mencederakan paru-paru anak apatah lagi paru-paru mereka masih kecil ditakuti boleh menjejaskan sistem pernafasan.
Campurkan satu sudu jus halia segar bersama biji halba dan beri anak minum untuk meredakan batuk.
Meskipun kebaikan halia memanfaatkan anak kecil,
Pastikan halia diberi dalam kuantiti yang kecil. Takut jika berlebihan bolehmembawa kemudaratan.
sumber siraplimau.com
loading...