7 Tips Wajib Ada Buat Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak Remaja


Pengkaji psikologi kanak-kanak percaya bahawa pada setiap permasalahan tingkahlaku remaja, pasti disebaliknya terdapat masalah emosi (emotional gap) dalam hidup remaja tersebut. Keperluan emosi yang tidak dipenuhi dengan baik akan menyumbang kepada gangguan tingkah laku dan merencat perkembangan kematangan remaja tersebut.
Harus saya akui, ini yang saya dan rakan-rakan selalui temui di klinik psikiatri kanak-kanak dan remaja. Dalam banyak kes, isu-isu seperti penceraian, bapa/ibu tunggal, kemiskinan, pengabaian nafkah, ibu bapa bergaduh, tinggal asing, terlalu ramai dalam satu rumah dan pelbagai ‘drama’ kehidupan menyumbang kepada alasan mengapa kanak-kanak/remaja ini dirujuk untuk penilaian dan rawatan.

Saya percaya kalau para guru buat survey yang sama, bagi setiap pelajar yang ‘bermasalah’ di sekolah, pasti ada ‘cerita’ di sebaliknya, samaada di rumah atau di luar sekolah.

Keperluan psikologi bagi remaja boleh diibaratkan seperti susu bagi bayi. Kalau seseorang bayi ‘lapar susu’, beri lah apa pun permainan dan pujukan, dia akan tetap menangis. Kalau perutnya lapar, apa pun tidak akan ‘masuk’. Begitu juga remaja, kita bebel apa pun, tarik ke sekolah, hantar ke tuisyen, paksa ke kelas agama, usrah dan program bina diri dan sebagainya, semuanya tak akan jadi kalau keperluan asasi mereka tidak diisi.

7 Perkara ini saya 'payungkan' untuk bekal ibu bapa

1.TEMPAT LEPASKAN TEKANAN.


Mana-mana remaja normal akan hadapi tekanan dalam pelbagai bentuk – sedikit atau banyak. Sekolah, rumah, guru, rakan, adik-beradik, ibu bapa – semuanya boleh jadi sumber stress kepada mereka. Yang membezakan ialah cara mereka melepaskan tekanan. Kalau remaja tidak disediakan outlet melepaskan tekanan, ada dua kemungkinan – tekanan berkumpul akhirnya meletup; atau mereka lepaskan dengan cara negatif (gaduh, buli, dadah, seksual). Mereka perlu ada aktiviti (di luar) untuk main peranan ini. Sukan, seni pertahankan diri, aktiviti berpersatuan, aktiviti agama, usrah dan sebagainya. Game, movie, internet dan sosial media bagi saya bukan pilihan yang baik.


2. AKTIVITI BINA KEYAKINAN DIRI.


Fasa ini ialah fasa mereka meneroka kemampuan dan mencipta identity berdasarkan kelebihan mereka. Kalau persekitaranmereka membantutkan kreativiti dan bakat mereka. Keyakinan diri mereka akan terencat mungkin untuk selama-lamanya. Pastikan mereka mempunyai 3-5 outlet untuk menyumbang kepada sesuatu yang boleh membuat mereka rasa dihargai – “oh, ada juga gunanya aku atas dunia ini”. Kadang-kadang ibu bapa lupa bahawa remaja juga perlukan pujian, hadiah sekali sekala atas kejayaan mereka – sama seperti mereka dapat masa kecil dulu. Waktu ibu bapa suka sebut “pandai, anak mama” – Cuma bila dah besar ni, jarang kita sebut.


3. DISIPLIN DAN HAD (boundaries).


Tidak kira sematang mana remaja itu, mereka masih perlu bimbingan disiplin dari yang dewasa. Waktu ini mereka nak test boundary – “nak tengok mak ayah ok ke tak”. Kalau ini diabaikan, mereka akan jadi kaduk naik junjung. Panjat tak turun-turun dah. Ingat, selagi mereka di bawah tanggungjawab anda, anda sebahagian dari “equation of any faulty”.


4.MENTOR, MODEL DAN PEMBIMBING.


Fasa remaja adalah fasa mencari identiti. Mereka rasa mereka independent. Tapi hakikatnya mereka sentiasa tercari-cari siapa yang perlu di ikuti. Kalau mereka tidak jumpa yang betul, mereka akan terikut dengan yang tidak betul. Ikut tetap ikut! Itu sahaja prinsipnya. Keluarga, guru dan orang-orang hebat sekeliling mereka harus ambil peranan ini. Kalau tidak ‘orang-orang tidak betul’ itu yang akan mengambil tempat anda.


5. RANSANGAN DALAM PEMBELAJARAN.


Remaja belajar sekurang-kurangnya lapan jam sehari, 5 hari seminggu. Ada sesetangahnya lebih dari itu. Kalau letakkan ibubapa pada tempat itu, mereka pun panas kepala. Jadi proses pembelajaran harus fleksible, interaktif dan mengujakan. Mereka generasi Y, attention spanmereka tak banyak beza dengan ikan emas (maksudnya short attention span, mudah distracted).


6. RAKAN SEBAYA YANG POSITIF


‘Peers acceptance’ lebih besar dari segala-galanya (bagi sesetengah remaja). Mereka berusaha keras untuk fit in dalam sesetengah kelompok. Adakalanya terpaksa mencipta identity baru supaya diterima. Hakikatnya yang pahit bagi ibu bapa ialah –mereka ini luangkan masa bersama rakan lebih lama dari ibu bapa sendiri. Kalau mereka tidak dikelilingi oleh mereka yang positif akhlak, perilaku, minat dan cita-cita; secara fitrahnya mereka akan jadi sebaliknya. Itu hukum alam.


7. BIMBINGAN ROHANI


Ini bahan asas paling penting. Akhirnya yang akan menjadi benteng mereka ialah sekuat mana pertautan mereka dengan Pencipta. Ibu bapa rasa mereka sudah cukup menjaga – tapi adakalanya mereka lupa yang mereka tidak sentiasa bersama, internet search ada function delete history! Jadi akhirnya yang betul-betul selamat adalah mereka yang di-install dengan software iman paling update. Biasakan anak-anak dengan usrah, pengajian agama dan pengisian rohani dari seawal mungkin supaya mereka tidak rasa asing.
Masa untuk berfikir dan merenung semula perjalanan panjang mentarbiyyah generasi ini. Selamat beramal.

Sumber: Dr Rozanizam via mamapeduli.info

Suka dengan ini?
|

loading...