Wajib Hukumnya Bagi Isteri Berlaku Baik Terhadap Mertua

isteri-cinta-mertua_20150830_200102
Ketika seorang wanita sudah sah dan bersanding dengan seorang laki-laki, maka statusnya telah berubah menjadi seorang isteri. Dan ketika itu kewajiban sebagainya sebagai seorang isteri adalah mentaati suaminya.Termasuk juga untuk tinggal dan mengikuti segala peraturannya sang suami, selagi itu masih berada dalam tuntunan syariat Islam. 
Bukan hanya berlaku baik terhadap suami, sang istri pun harus berkelakuan baik pula pada keluarga suami, termasuk kedua orang tuanya, yang menjadi mertua bagi isteri .
Kadang-kadang ada isteri yang tidak begitu menyukai mertuanya sendiri.Astaghfirullah. Hal ini terjadi akibat beberapa faktor yang berbeza-beza.Namun yang pasti, hal inilah yang akan menjadi penghalang hubungan silaturahmi untuk berjalan baik. Lalu,  bagaimana hukumnya isteri yang tidak mahu mengunjungi rumah mertuanya? Dan apa hak mertua atas isteri?
Seorang isteri hukumnya wajib mentaati suami dalam perkara-perkara yang tidak mengandung maksiat kepada Allah. Syariat telah memberikan dorongan yang kuat kepada isteri untuk mentaati suami, serta memberi amaran daripada tidak mentaatinya dalam perkara-perkara yang ia boleh taat kepadanya.
Dalam Al-Musnad dan Shahih Ibnu Hibban disebutkan bahawa Nabi SAW bersabda, "Jika seorang wanita  telah mengerjakan solat lima waktu, berpuasa satu bulan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka akan dikatakan kepadanya, 'Masuklah kamu ke dalam syurga dari pintu-pintu syurga mana saja yang kamu kehendaki '. "
Dalam Al-Musnad, Shahih Ibnu Hibban dan Al-Mustadrak disebutkan bahawa Nabi bersabda, "Seandainya aku boleh memerintahkan seseorang untuk sujud kepada orang lain (selain Allah), sungguh aku akan memerintahkan seorang istri untuk bersujud kepada suaminya."
Dalam kitab Ash-Shahih diriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda, "Mahukah kalian aku kabarkan tentang dosa yang paling besar? Iaitu, menyekutukan Allah dan derhaka kepada kedua orang tua. "Kemudian beliau duduk setelah sebelumnya bersandar dan bersabda," Ketahuilah, juga perkataan sia-sia. "Beliau terus menerus mengulanginya hingga kami bergumam," Sekiranya
Di antara sempurnanya ketaatan isteri kepada suami ialah hendaknya ia berbuat baik kepada kedua orang tua suami, berbakti kepada kedua-duanya, tidak berlaku buruk pada keduanya, serta bersabar terhadap apa yang muncuk dari keduanya. Semua itu dilakukan demi meraih redha suami agar dengan itu ia memperoleh pahala dari Allah.
Jika ibu anda marah pada isteri anda lantaran suau sebab yang datang dari isteri anda, maka perlulah isteri anda meminta maaf darinya sebelum ia meninggal dunia, agar ia meninggal dalam keadaan ridha terhadap isteri anda. Namun, jika ibu anda telah meninggal dunia manakala isteri anda belum mengerjakan hal itu maka isteri anda wajib banyak mendoakannya agar mendapat keampunan.
Demikian pula seorang anak wajib banyak mendoakan kedua ibu bapanya ketika keduanya masih hidup maupun sesudah meninggal dunia. Allah berfirman, "Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah, 'Wahai Tuhanku, kasihilah mereka sebagaimana mereka berdua telah mendidikku waktu kecil'," (QS. Al-Isra ': 24).
Adapun mengenai hal itu dianggap sebagai derhaka seorang anak kepada ibunya atau tidak, maka jawapannya adalah jika istri menyakiti ibunya sementara ia tidak mencegahnya, melarangnya dan menghukum perbuatan isteri tersebut maka hal itu termasuk bentuk kedurhakaan.Sehingga, ia harus banyak beristighfar dan memperbanyakkan amal soleh.
Sesungguhnya Allah Maha Mulia dan Mahamenerima taubat lagi Maha Penyayang, Jika Dia mengetahui dari hamba-Nya kejujuran taubatnya maka Dia akan menerima taubatnya.
Allah berfirman, "Katakanlah, 'Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ', "(QS. Az-Zumar: 53).Demikianlah tulisan tentang kewajipan seorang isteri terhadap metuanya.Semoga bermanfaat. 
Sumber: Ummi Indonesia via sepercikhikmah.blogspot.com

Suka dengan ini?
|

loading...