Tips Cara Menghilangkan Kutu Rambut

Bagi sahabat yang merasa kesal dengan masalah kutu di rambut, serta bingung mencari ubat yang tepat untuk membasmi / menghilangkan kutu rambut.Jangan bimbang, berikut Tips Mengatasi Kutu Rambut Secara Alami yang mudah dan berkesan untuk membasmi kutu-kutuyang bersarang di rambut.


Minyak Zaitun atau minyak kelapa
Caranya ialah dengan menyapu minyak pada permukaan kulit kepala hingga merata dan urut-urut secara perlahan. Kemudian tutup rambut anda dengan tuala atau mandi cap. Biarkan sekurang-kurangnya 6 jam, selepas itu bilas menggunakan syampu sehingga bersih. Akan lebih baik jika digunakan semasa sebelum tidur.

Campuran Jeruk nipis dan minyak kayu putih
Caranya iaitu dengan mencampurkan minyak kayu putih sebanyak 2 hingga 4 sudu makan dengan perasan jeruk nipis secukupnya. Setelah itu, aduk-aduk hingga rata dan balurkan pada rambut hingga merata. Lalu diamkan selama kurang lebih 2 jam dan bilas rambut sehingga bersih.

Bawang Merah
Caranya haluskan bawang sehingga lembut atau boleh juga dengan mengoleskan potongan bawang ke seluruh kulit kepala secara merata. Diamkan selama beberapa jam. Aroma bawang ini sangat tidak disukai oleh kutu, sehingga dapat mematikan sampai ke telur-telurnya.

Buah Almond
Almond juga termasuk bahan paling berkesan untuk menghilangkan kutu.Caranya rendam biji badam kurang lebih 10 biji semalaman. Lalu di pagi harinya kupas dan haluskan badam sehingga menjadi pes pekat. Tambah 3 sudu air perasan lemon ke dalamnya. Sapukan ke kulit kepalla secara merata hingga 2 jam. Jika sudah bilaslah dengan air sejuk sehingga bersih.

Daun Sirsak
Daun durian belanda yang direbus, airnya boleh gunakan untuk menghilangkan kutu. Caranya mudah, siapkan segenggam daun sirsak, kemudian rebus ke dalam air secukupnya. Gunakan untuk mencuci, tetapi sebelumnya bersihkan rambut dengan air sejuk.


Kutu Rambut
Sekian artikel tentang Tips Mengatasi Kutu Rambut Secara Alami. Semoga dapat menjadi rujukan ILMU dan AMAL yang bermanfaat untuk orang di sekitar kita. - [via 9trendingnews.blogspot.com]

Suka dengan ini?
|

loading...