Cara Hilangkan Ketuat Yang Anda Boleh Buat Sendiri Di Rumah

ketuat dah mati

Saya pasti ramai yang mengalami masalah ketuat. Ada yang di kaki, ada yang di tangan. Macam mana pun, ketuat ni memang menyemak dan anda pasti lagi suka kalau ia hilang betul tak?

Apakah punca ketuat?

Ketuat berpunca daripada virus HPV. Kebanyakan orang memang menjadi pembawa kepada virus ini. Tak semua orang akan mendapat ketuat, tetapi sesetengah orang yang badannya tak dapat memendam kegiatan virus ini akan mendapat ketuat.

Bagaimana nak hapuskan ketuat?

Ketuat mempunyai "akar" yang mana akar ini jika tidak dihapuskan, akan membolehkan ketuat tumbuh kembali. Kita perlu memusnahkan akar ketuat supaya ketuat tidak datang kembali.
struktur ketuat

Bahan-bahan yang diperlukan untuk menghilangkan ketuat

bahan yang diperlukan untuk hilangkan ketuat
Kita perlukan:
  1. Apple Cider Vinegar - Ini bahan aktif yang akan membunuh ketuat. Asid asetik dalam cuka sangat efektif untuk membunuh akar ketuat. Kalau tak ada Apple Cider Vinegar boleh guna cuka makan yang biasa tu. Balsamic vinegar pun boleh tapi mahal.
  2. Kapas - Kapas akan menyerap dan menyimpan cuka. Gunakan kapas yang daya menyerapnya kuat. Facial cotton pun boleh digunakan.
  3. Plaster atau Duck Tape - Plaster atau duck tape bertujuan untuk memegang kapas yang direndam dalam cuka. Gunakan tape yang kuat daya lekatnya.
  4. Vaseline - Asid dalam cuka tidak kenal kulit sihat atau kulit ketuat. Dengan menyapukan vaseline pada kulit sihat, ia terlindung dari tindakbalas cuka.
balutan ubat ketuat
Contoh balutan ketuat pada jari.
duck tape untuk ubat ketuat
Contoh balutan menggunakan duck tape yang lebih kuat dan kemas.

Mari Lihat Proses Rawatan Ketuat Dari Hari Ke Hari

Hari pertama rawatan:
rawatan ketuat hari pertama
Ketuat nampak pucat tapi masih keras.
Hari ketiga rawatan:
rawatan ketuat hari ketiga
Inilah akibatnya bila terlupa menyapukan vaseline pada kulit sekeliling ketuat. Kulit yang sihat pun mula mengecut akibat tindakbalas cuka.
Hari ketiga, cuka sudah menembusi lapisan kulit mati pada ketuat dan mula bertindak pada akar. Pada hari pertama dan kedua tiada rasa apa-apa sebab cuka memakan kulit mati. Pada hari ketiga bila akar sudah ditembusi mula terasa pedih.
Hari keempat rawatan:
rawatan ketuat hari keempat
Kelihatan akar ketuat menjadi hitam. Ini menandakan sel-sel ketuat mula mati dimakan asid.
Hari keenam rawatan:
rawatan ketuat hari keenam
Kelihatan seperti ketuat dahpun mati.
Hari kelapan rawatan:
ketuat dah mati
Boleh mulakan proses mengopek ketuat sedikit demi sedikit.
ketuat mati
saiz ketuat
Inilah saiz ketuat yang telah kering dan berjaya dikorek keluar.
kawah bekas ketuat
Kawah bekas ketuat. Rawatan patut diteruskan untuk memastikan betul-betul ketuat dah hilang.
rawatan ketuat berjaya
Inilah rupa kulit jari setelah rawatan ketuat berlangsung dengan jayanya.

Kesimpulan

Tak perlu pergi jumpa doktor dan bayar mahal-mahal di klinik untuk merawat ketuat. Rawatan boleh dilakukan di rumah dengan bahan-bahan yang sedia ada. Hanya perlu bersabar sedikit untuk menikmati hidup bebas dari ketuat.
Kaedah ini sangat efektif kerana ia membunuh ketuat dari akarnya, dan ketuat tidak akan boleh tumbuh kembali. Cubalah teknik ini, dan jika anda dapat manfaat tolong share dengan rakan dan keluarga.

Untuk Hasil Yang Lebih Cepat

Kalau anda tak mahu tunggu berhari-hari untuk buang ketuat yang menjengkelkan tu, anda boleh cuba produk ini:
review wartner wart removerKlik gambar untuk cuba Wartner
Wartner berfungsi dengan cara membekukan ketuat hingga ke akarnya. Bila akar beku, baru ketuat akan betul-betul mati. Ini adalah proses sama yang digunakan oleh doktor pakar kulit, tetapi lebih murah berbanding klinik. - [sumber: mamalink.com.my]

Suka dengan ini?
|

loading...