Dalam keterujaan untuk kuruskan badan, kita mudah terpedaya dengan label makanan tertera diet. Tapi hati-hati, itu juga mungkin menjadi punca kamu tak kurus-kurus sebaliknya berat badan meningkat dan perut makin berlipat kerana sebenarnya mengambil lemak. Jadi ada baiknya kita semak makanan diet yang sebenarnya tersembunyi kalori dan lemak ini.

Minuman diet
Walau pun ada label "diet" pada minuman dalam tin, tak jangan terus percaya. Ada minuman diet dengan keterangan "bebas gula (sugar free)" atau "bebas kalori (zero calorie)" menambah pemanis buatan yang mengandungi aspartame. Inilah yang membuat lemak kamu bertambah jika diambil berlebihan.

Yogurt
Sajian ini selalu jadi pilihan mereka yang berdiet. Lagi pula ia baik untuk sistem pencernaan kerana mengandungi bakteri baik dan kalsium. Tapi untuk  yang sedang dalam usaha langsing pengambilan yogurt dengan perasa hanya menggagalkan misi anda. Yogurt jenis ini mengandungi lebih banyak kalori dan lemak.

Avokado
Mereka yang berdiet memang disarankan makan banyak buah tapi bukan avokado. Ia punya banyak vitamin dan antioksidan tapi kandungan lemak dan kalori dalam buah ini juga tinggi. Sebiji avokado mengandungi 350 kalori.

Jus buah
Tidak semua jus buah itu baik untuk diet terutama yang ditin atau dibotolkan. Jus jenis sarat dengan gula dan tentu saja bahan pengawet kimia yang menyumbang pada kenaikan berat badan.

Buah-buahan kering
Seperti aprikot, kismis, plum mengandungi banyak gula. Ia memang kaya serat dan nutrisi tapi juga banyak kalori. Buah-buahan kering mengandungi lapan kali lebih banyak gula dan kalori dibandingkan dengan buah-buahan segar.

Rasanya makanan ini banyak yang kita amalkan sewaktu diet. Jadi lepas ini kena hati-hati pilih makanan.
sumber vanillakismis.my