Penulis pasti setiap orang inginkan senyuman manis memikat dengan gigi putih bersinar. Kini, anda boleh miliki semua itu dengan hanya menggunakan ramuan ini sahaja.
Kulit pisang mampu memutihkan gigi anda. Ya, anda tidak perlu menggunakan bahan kimia apatah lagi habiskan duit untuk rawatan, hanya gunakan kulit pisang sahaja sudah cukup. Nak tahu caranya?
Cara sangat mudah, hanya memilih pisang yang matang tetapi elakkan yang kulitnya hitam. Setelah anda makan buah pisangnya, gosok kulit pisang ke seluruh gigi, biarkan selama 10 minit.
Selepas itu, buka mulut dan jauhkan gigi dari bibir. Mungkin terasa tidak selesa tetapi cara ini akan menjaga kulit pisang bekerja dengan baik pada gigi.
Selepas 10 minit, sikatlah gigi dengan berus gigi kering. Berus dengan gerakan memutar selama 1 – 3 minit. Kemudian basahkan berus gigi dan gunakan ubat gigi untuk membersihkan sisa-sisa pisang di gigi.
Lakukan rawatan kulit pisang itu setiap hari bagi hasil yang optimal.
Bagaimanakah ia berfungsi? Kalium, magnesium dan manganese, semuanya dari kulit pisang membantu untuk mengurangkan kotoran pada enamel.
Hebat bukan? Gigi putih tanpa bahan kimia atau rawatan mahal.
sumber wanista.com
loading...