5 Cara Semulajadi Redakan Sakit Leher

sakit leher -woman o nline magazine
Sakit Leher. Anda tentu pernah mengalami sakit leher? Nak pusing ke kanan atau kiri terasa amat sakit. Rasa kejang semacam!
Sebenarnya sakit leher ini disebabkan banyak faktor. Antaranya tersalah ketika tidur, dan keadaan ini amat menyakitkan serta mengganggu aktiviti seharian anda.
Berikut beberapa cara menggunakan bahan semulajadi yang boleh meredakan atau menyembuhkan sakit leher. Antaranya:

  1. Minyak Essential
Tahukah anda bahawa minyak essential juga boleh meredakan sakit leher. Caranya mudah sahaja, sapukan minyak tersebut di leher, kemudian urutlah secara perlahan. Bahan-bahan yang terkandung dalam minyak essential seperti Rosemary, Lavender, Pinus dan Pala cukup berkhasiat. Bahkan aroma yang ditimbulkannya juga boleh membuatkan anda jauh lebih relaks serta membuatkan otot leher anda menjadi lentur.

Baca Juga: Kehebatan Minyak Lintah

  1. Ais Batu
Ais batu dikatakan dapat meredakan rasa sakit pada leher kerana ia berfungsi untuk meredakan rasa sakit dan juga ngilu. Caranya. Tekap leher yang sakit dengan menggunakan air batu selama 10-15 minit. Ini adalah kerana sifat ais batu yang sejuk boleh membuatkna leherjauh lebih relaks.

  1. Celery
Sayur celery memang banyak manfaatnya, selain dapat menyihatkan rambut dan juga kesehatan tubuh. Celery juga boleh digunakan sebagai alternatif untuk menyembuhkan sakit leher atau kejang leher yang disebabkan oleh salah tidur. Caranya mudah, minumlah jus celery secara teratur pada setiap hari.

  1. Kulit Kayu Manis
Kulit kayu manis juga boleh berfungi untuk menyembuhkan sakit leher. Anda perlu rendamkan kulit kayu manis dengan menggunakan air suam dan ciumlah aroma wanginya sehingga membuatkan anda rasa lebih relaks.Selain itu, air bekas merendam kulit kayu manis tersebut juga boleh digunakan untuk dituam pada leher yang kejang itu.

Via:http://www.wom.my/

Suka dengan ini?
|

loading...