1. Ketuk daging
Dengan mengguna mallet, meat tenderizer, atau pengetuk daging, ketuk bahagian lembut daging perlahan-lahan dan ketuk dengan kuat di bahagian yang keras.Tujuan mengetuk daging ini adalah untuk melembutkan otot-otot fiber daging yang keras. Dengan itu, daging akan mudah lembut apabila dimasak.
2. Perap
Untuk melembutkan daging, buat perapan antara dua hingga 24 jam mengguna sumber makanan yang boleh melembutkan tisu otot dan bahagian yang keras secara semula jadi.Asid yang terhasil sewaktu perapan akan membantu melembutkan fiber otot.
Perapan juga membantu menambah moisture dalam daging, menjadikannya lebih enak dimakan.
Antara perapan yang boleh diguna adalah:
- Jus daripada sitrus seperti lemon dan limau nipis
- Makanan berasid seperti cuka dan yogurt
- Makanan kaya enzim seperti halia, buah nanas dan kiwi
3. Guna cara memasak yang sesuai
Umumnya anda boleh menggunakan ‘pressure cooker’ untuk mendapatkan daging yang lembut.Lain jenis daging, lain cara memasaknya.
- Daging yang lembut boleh dipanggang, rebus dan BBQ
- Daging yang keras seperti Flank steak dan Cube steak perlu ditumis dengan air atau sup
Kini Anda Boleh Pelbagaikan Hidangan Daging!
Kalau dah tahu teknik melembutkan daging, bolehlah anda selalu memasak hidangan daging kambing atau lembu.Macam-macam masakan boleh buat seperti kari, sup, atau goreng kunyit.
Anda juga tak perlu takut nak buat masakan barat seperti ‘steak’ atau sate yang menggunakan daging sebagai bahan utama!
Meskipun sedap dimakan, kurangkan pengambilan daging merah dalam diet seharian untuk mengelakkan daripada pelbagai masalah kesihatan.
Via:siraplimau.com
loading...