10 Makanan Mengurangkan Jerawat

Jika bimbang jerawat muncul di saat-saat tibanya waktu dating kamu, ambil banyak makanan-makanan seperti yang dinyatakan di bawah ini yang mampu menentang kemunculan jerawat dari dalam.


1.Teh Hijau
Organik kaya dengan ‘anti-inflammatory chemical’ yang dipanggil catechins. Ia membantu menentang radikal bebas sambil mengelakkan garis halus di wajah.

2. Minyak Zaitun
Minyak zaitun atau minyak bijan mengandungi asid esen lemak yang baik untuk kesihatan. Lemak adalah bahagian yang perlu dalam membran sel dan membantu menyuburkan kulit yang menyinar dari dalam.

3. Walnut
Ianya kaya dengan minyak Omega-3, satu lagi anti-oksida yang sangat baik dan membuatkan kulit lebih kenyal dan fleksibel. Minyak omega-3 juga boleh didapati daripada minyak ikan. seperti salmon atau minyak biji flaks.

4. Buah beri
Seperti beri biru, raspberi, kranberi kaya dengan phytochemicals yang berupaya melindungi sel kulit.

5. Jus Lemon
Jus lemon adalah penyental semula jadi dan boleh digunakan untuk mengelakkan tetua dan sunspots. Letakkan hirisan lemon pada kulit yang bermasalah dan biarkan selama 10 minit setiap hari selama seminggu. Cara lain, sental wajah secara lembut dengan lemon bersama setengah sudu teh gula beberapa minit. Elakkan daripada terkena mata dan berhenti serta-merta jika wajah memberi efek tidak baik terutamanya bagi yang berkulit sensitif.

6. Tembikai
Ianya dipercayai oleh sesetengah orang mampu menjadi penyental wajah untuk kulit cantik berseri. Mungkin ada benarnya kerana tembikai kaya dengan vitamin A, B dan C. Buah yang mengandungi banyak air berupaya menyalurkan lembapan pada kulit dan jika diurut dengan lembut pada kulit akan menggiatkan pengaliran lymphatic.

7. Produk tenusu rendah lemak
Ia antara produk yang mampu menyalurkan vitamin A yang penting untuk kesihatan kulit. Pakar juga turut memperakui kesihatan kulit bergantung pada sebanyak mana vitamin A diambil.

8. Roti kaya serat, bijirin dan kacang Brazil
Antara makanan yang sangat baik untuk diet seseorang. Kesemua makanan ini mempunyai hubungan rapat dengan mineral selenium. Pakar berkata, selenium memainkan peranan penting dalam kesihatan sel kulit. Ada kajian yang membuktikan kerosakan kulit akibat matahari dapat dikurangkan jika paras selenium dalam tubuh tinggi.

9. Yogurt
Adalah sumber kecantikan semula jadi yang penting. Amalkan sapu dadih (yogurt), di muka setiap pagi untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik dan, sihat dan lembut. Campuran yogurt dan jus lemon juga adalah pasangan ideal untuk kelembutan tangan.

10. Air
Seperti yang diketahui mempunyai 1001 khasiat untuk kecantikan mahupun kesihatan. Apabila bercakap tentang air dan kecantikan, ia mestilah datang daripada sumber air tulen/mineral dan bukannya yang telah dicampurkan soda atau bahan-bahan lain.

sumber eh.com.my

Suka dengan ini?
|

loading...