Punca sebenar rambut gugur masih menjadi misteri. Para saintis sehingga kini tak dapat mengenalpasti punca sebenar mengapa rambut kita gugur. Penjelasan yang diterima ramai setakat ini adalah faktor genetik, stress, pemakanan, hormon, dan sebagainya.
Rawatan Rambut Gugur
Tak kira apa jua sebabnya, keguguran rambut ini memberi kesan yang sangat negatif kepada keyakinan diri kita, dan jika tidak dibendung akan menjejaskan karier dan perhubungan kita.
Oleh itu sangat penting untuk kita kenali cara-cara yang berkesan untuk membanteras keguguran rambut. Terdapat banyak produk di pasaran yang menjanjikan hasil yang terbaik, malangnya tak semuanya berkesan.
Jadi hari ini saya akan senaraikan beberapa petua untuk mengelakkan atau menyelesaikan masalah rambut gugur, yang bersifat DIY, bermakna anda boleh buat sendiri di rumah.
1. Tonik Daun Kari Dan Kelapa
Mana-mana peminat filem Bollywood sudah tentu sedia maklum tentang kecantikan rambut pelakon wanita Hindustan seperti Aishwarya Rai, Priyanka Chopra, dan lain-lain. Rambut mereka panjang, lebat, dan bersinar. Nak tahu rahsianya? Rahsianya terdapat pada bahan yang mereka gunakan setiap hari dalam masakan. Ya, daun kari dan minyak kelapa!
Resipi: Anda perlukan daun kari segar dan minyak kelapa. Tak perlu minyak kelapa dara, yang biasa pun boleh. Letakkan daun kari dan sedikit minyak kelapa dalam air dan rebus hingga keluar cairan hitam. Asingkan cairan hitam itu dan sapukan pada rambut. Gunakan 2 kali seminggu untuk menyihatkan rambut. Rambut anda akan tumbuh dengan lebih cepat, dan ia juga membantu menangani rambut yang mula beruban.
Jangan goreng daun tu, rebus dalam air dan dapatkan cairan hitam yang terhasil.
Kekerapan: 2 kali seminggu
Mana nak beli: Di Malaysia memang mudah nak dapatkan bahan-bahan ni. Kalau tak tahu jugak telefon mak anda tanya.
2. Minyak Jarak (Castor Oil)
Minyak jarak atau castor oil terkenal sebagai cara yang sangat berkesan untuk rambut, bulu mata, dan bulu kening sekalipun. Ramai kawan saya yang gunakan minyak ni untuk bulu mata yang terbakar sebab merokok, dan memang cepat tumbuh balik. Minyak castor ni memang pekat, jadi kalau nak guna boleh cairkan dengan minyak badam atau campurkan sikit dalam conditioner.
Kalau masalah rambut yang teruk, boleh gunakan pekat-pekat. Sapukan minyak pada rambut dan biarkan semalaman. Ia berkesan untuk bald spots, hairline yang makin merosot, dan juga kelebatan rambut yang makin nipis.
Resipi: Titiskan beberapa titik minyak jarak keatas kulit kepala anda dan urutkan dengan rapi. Tutup rambut anda dengan shower cap atau apa-apa cara kesukaan anda, dan biarkan semalaman. Cuci dengan shampoo dan conditioner seperti biasa pagi esoknya. Untuk cairkan boleh guna minyak badam atau minyak zaitun.
Kekerapan: Kalau guna minyak jarak sahaja, buat seminggu sekali. Kalau campur dengan conditioner, boleh guna setiap hari atau setiap dua hari bergantung kepada jenis rambut anda.
Mana nak beli: Boleh beli minyak jarak berkualiti di sini.
3. Cuka
Tahukah anda bahawa shampoo sebenarnya menjejaskan keseimbangan kulit kepala anda? pH kulit kepala dan rambut kita adalah sekitar 3.5 - 5.5. Maknanya rambut dan kulit kepala yang sihat adalah bersifat asidik secara semulajadinya.
Shampoo bersifat alkali, dan ini mengganggu keseimbangan rambut yang asalnya asid. Sebab itulah cuka mungkin lebih baik untuk rambut anda berbanding shampoo. Ia mengekalkan kadar asid yang diperlukan oleh rambut untuk kekal sihat.
Ia juga berfungsi dengan menutup kutikel, menjadikan setiap helaian rambut lebih bersinar, kuat, dan tidak mudah terputus. Ia juga mencuci sel mati pada kulit kepala sekaligus membantu pertumbuhan rambut yang lebih cepat.
Resipi: Campurkan 1 bahagian cuka (boleh guna apple cider, cuka biasa, etc) dan campurkan dengan 2 bahagian air. Untuk mengelakkan bau cuka yang kuat, campurkan minyak yang wangi contohnya lavender. Gunakan seperti conditioner selepas shampoo.
Kekerapan: Untuk permulaan, buat 1 atau 2 kali seminggu. Lama-kelamaan, anda hanya perlu gunakan 1-2 kali sebulan dengan hasil yang sama.
Mana nak beli: Begitu banyak pilihan cuka yang ada di pasaran sekarang, dan boleh dibeli di mana-mana pasaraya berhampiran.
4. Mask minyak zaitun dan kuning telur
Kaya dengan protein, vitamin, dan lemak yang berkhasiat, kuning telur bukan saja menjadikan rambut anda lebih lembut, bersinar, dan sihat, ia juga membolehkan rambut anda tumbuh dengan lebih panjang! Kandunga vitamin A, D, dan E yang tinggi mengelakkan keguguran rambut dan menebalkan rambut yang semakin nipis. Vitamin D juga membantu mengelakkan rambut bercabang.
Minyak zaitun memperkuatkan dan melembutkan rambut, dan ia sangat sesuai untuk rambut kering dan rosak. Ia juga membersihkan rambut dengan rapi dan mengekalkan warna dan tesktur rambut.
Resipi: Campurkan 2 kuning telur dengan 2 sudu besar minyak zaitun, kemudian cairkan dengan setengah cawan air. Urutkan mask ini kepada kulit kepala secara perlahan-lahan. Biarkan selama 15-20 minit, kemudian bilas seperti biasa. Boleh guna shampoo untuk bilas.
Kekerapan: Tak perlu banyak, 1-2 kali sebulan sudah cukup untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.
Mana nak beli: Mudah didapati di mana-mana kedai dan pasaraya!
5. Mask Pisang
Pisang memang kaya dengan potassium dan vitamin A, E, dan C, sebab itulah pisang sangat sesuai untuk menyelesaikan masalah rambut gugur. Kalau kita makan pisang pun memang elok untuk kulit, tapi di sini ada cara lain untuk mendapatkan khasiat dari pisang - jadikan mask!
Resipi: Gunakan pisang yang biasa digunakan untuk buat cekodok atau pisang goreng. Cara dia sama saja macam nak buat cekodok. Lenyekkan pisang hingga hancur, tapi jangan tambah tepung dan garam pulak. hehe. Tambah dua sudu besar minyak zaitun untuk memudahkan proses mencuci rambit, takut pisang melekat pada rambut. Kemudian sapukan mask ini kepada rambut, dan tutup dengan shower cap. Biarkan 20 minit kemudian cuci dengan shampoo bersih-bersih.
Kekerapan: Buat seminggu sekali untuk hasil yang terbaik.
Mana nak beli: Kalau kat Malaysia ni tak jumpa pisang, memang pelikla..
6. Minyak kelapa dan avocado
Campuran ini sangat sesuai untuk rambut rosak, kerana minyak kelapa dan avocado ni boleh mengurangkan kelemumur, dan melindungi rambut kita daripada terik matahari, yang boleh merosakkan rambut. Ia juga membantu rambut tumbuh dengan lebih sihat dan mengurangkan keguguran rambut.
Resipi: Panaskan minyak kelapa atas dapur selama lebih kurang 10-15 saat. Biar jadi suam-suam kuku je, jangan panas sangat! Urutkan minyak kelapa suam ni kepada rambut anda dari akar hingga ke hujung. Kemudian lenyekkan avocado seperti pisang tadi, hingga hancur. Urutkan avocado kepada hujung rambut anda sahaja, tak perlu dari akar. Biarkan selama 10-15 minit, kemudian cuci dengan shampoo seperti biasa. Avocado kadang-kadang melekat pada rambut. Kalau takut melekat, campurkan minyak kelapa sedikit ke dalam avocado tu.
Kekerapan: Sekali seminggu sudah cukup untuk rambut rosak dan gugur.
Mana nak beli: Avocado sangat mudah didapati sekarang. Minyak kelapa lagi lah senang.
7. Minyak Badam
Minyak badam ni memang bagus kalau nak rambut panjang dan kuat. Ia juga bagus untuk mengelakkan rambut gugur. Ia mengandungi lemak yang tinggi dan jenis lemak yang terkandung dalam minyak badam ni memang elok untuk kesihatan rambut dan kulit. - [sumber mamalink.com.my]
loading...