HATI-HATI !!! Obses Pokemon Go, 2 Remaja Jatuh Tebing

AKIBAT terlalu obses dengan permainan atas talian yang menjadi kegilaan penduduk dunia sekrang ini iaitu Pokemon Go, dua remaja lelaki terpaksa dirawat di hospital setelah terjatuh dari tebing di Encinitas, San Diago, Amerika Syarikat, Rabu lalu.

Obses Pokemon Go, 2 Remaja Jatuh Tebing
Foto hiasan
Menurut laporan pegawai pasukan bomba dan penyelamat tempatan, Robbie Ford kepada sebuah laman akhbar tempatan, salah seorang daripada mangsa jatuh dari ketinggian 15 meter manakala seorang lagi pada ketinggian 24 meter.

Difahamkan, kedua-dua mangsa berumur 21 dn 22 tahun. Mereka dikejarkan ke hospital Scripps La Jolla, namun tidak dapat dipastikan tahap kecederaan yang dialami mangsa.
Jelas Ford, salah seorang daripada mangsa memberitahu pihak polis bahawa mereka sedang bermain Pokemon Go, tanpa disedari mereka terjatuh dari tebing.
Obses Pokemon Go, 2 Remaja Jatuh Tebing
Obses Pokemon Go, 2 Remaja Jatuh Tebing
Meskipun sudah dipasang tanda amaran berkaitan keadaan tebing yang tidak stabil, kedua-dua mangsa tetap memanjat pagar sekatan untuk mencari Pokemon. Demikian keterangan pejabat sherif San Diego.
Insiden ini merupakan salah satu daripada kejadian yang berlaku melibatkan permainan Pokemon Go yang menajdai kegilaan ramai sejak dilancarkan awal bulan ini.
Sebelum ini, pernah dikhabarkan, seorang remaja berasal daripada Wyoming, Amerika Syarikat menemui mayat seorang lelaki di sebuah sungai dalam usaha mencari Pokemon. – via MYNEWSHUB.CC

Suka dengan ini?
|

loading...