Ingat lagi tragedi letupan nuklear di Fukushima Daiichi, Jepun pada tahun 2011. Empat tahun berlalu lihat apa yang terjadi pada bandar ini. Gempa bumi dan tsunami yang berlaku pada tahun 2011 menjejaskan Loji Janakuasa Nuklear Fukushima hingga menyebabkan tragedi letupan di stesen nuklear tersebut. Apa yang sangat ditakuti berlaku bila kejadian itu mengakibatkan pelepasan radioaktif di udara dan juga laut.
Tragedi di Fukushima ini menjadi peristiwa kebocoran nuklear yang terbesar selepas Chernobyl pada tahun 1986. Ancaman radioaktif menyebabkan bandar tersebut dan yang berdekatan dengannya terjejas. 10,000 penduduk hilang tempat tinggal dan hingga kini masih menetap di penempatan sementara.
Dalam kejadian itu juga 21,000 penduduk terpaksa dipindahkan termasuk penduduk yang tinggal 20 kilometer dari bandar terbabit yang diistiharkan sebagai Zon Bencana Nuklear.
Empat tahun selepas tragedi itu suasana di bandar Fukushina dirakan kembali. Persekitaran yang ditinggalkan kini dimakan bumi sedikit demi sedikit. Kereta yang masih elok ditutupi semak samun begitu juga bangunan-bangunannya.
Meski sudah bertahun berlalu namun kadar radiasi di kawasan ini masih tinggi dan pihak yang memasuki kawasan tersebut perlu memakai pakaian khas untuk mengelakkan terkena kesan radiasi.
Namun Ogos lalu Jepun kembali menggunakan tenaga nuklearnya selepas empat tahun. Loji nuklear di bandar Satsumasendai, dekat wilayah Kagoshima, di barat daya Jepun dilaporkan telah memulakan semula reaktornya selepas dua tahun ditutup.
via vanillakismis.my

loading...