Fakta! 6 Kesilapan Ketika Membancuh Susu Formula Yang Wajib Kita Tahu.

post-feature-image
6 Kesilapan Ketika Membancuh Susu Formula yang Wajib Kita Tahu. Bancuh susu? Dengar macam mudah bukan?

Namun begitu, penyediaan susu formula sebenarnya tidak boleh dipandang remeh kerana jika tersalah langkah mungkin nutrisi-nutrisi yang terkandung didalam susu akan hilang. Jadi seperti sia-sia sahaja kalau kita beli susu yang mahal tetapi langkah penyediaan pula kita salah. jadi penting tau cara penyediaan ini. 


Daripada survey dari rakan-rakan terdekat saya, ramai yang lakukan langkah-langkah ini :- 


1) letak susu yang telah di sukat ke dalam botol susu
2) Tuangkan air panas 
3) Goncangkan sampai sebati
4) Baru letak air masak
5) Goncang sehingga sebati lagi
6) Rasa suhu sebelum diberi minum.

Sebenarnya langkah-langkah di atas adalah salah! Kenapa ? 

  1. Air panas yang baru lepas di masak dan suhunya atas 70 celcius tidak boleh dituangkan dahulu, ini kerana akan mematikan nutrisi-nutrisi yang ada dalam susu anak-anak kita.
  2. Air yang terlampau panas akan bertindak balas dengan botol susu anak kita, jika botol bukan free BPA lagi merisaukan kerana takut pengewapan akan membebaskan bahan kimia ( material botol susu) itu.
Sebelum ini, saya juga tidak tahu mengenai ini sehingga saya terbaca di facebook mengenai pertanyaan penyediaan susu formula. Jadi sama-samalah kita amalkan penyediaan susu formula anak-anak kita dengan betul supaya nutrisi-nutrisi dapat diserap dengan elok. 

Langkah-langkah yang betul untuk penyediaan susu si manja :-

  1. Tuangkan dahulu air masak yang telah disejukkan ke dalam botol susu anak.
  2. Lepas itu baru tuangkan  sedikit demi sedikit air panas sehingga air dalam keadaan suhu suam
  3. **Contoh sukatan : 4 oz air masak , 1 oz air panas untuk susu 5oz **
  4. Tambahkan susu formula mengikut sukatan yang telah diberikan pada tin dengan menggunakan sudu yang dibekalkan.
  5. Tutup botol. dan goncangkan sehingga larut dan sebati.
  6. Uji suhu dengan menunggangkan botol dan biarkan sedikit susu jatuh ke atas pergelangan tangan anda di sebelah dalam. Ia seharusnya terasa suam, bukan panas.
Ada Kaedah lain ? ada lagi satu kaedah yang betul boleh kita lakukan tetapi banyak step sikitlah :) ini di ambil dari Gov website .


Note 1 : Mungkin masih ada cara-cara lain untuk membancuh susu yang betul , tetapi tujuannya adalah sama untuk pastikan susu tidak kehilangan nutrien.

Note 2 :Jangan menggunakan ketuhar gelombang mikro (microwave) untuk menyediakan atau memanas semula susu. Pemanasan ketuhar gelombang mikro yang tidak sekata boleh menyebabkan 'titik panas’ (hot spots) di dalam susu. Keadaan ini akan menyebabkan mulut bayi melecur

sumber: butiksihatcomel.blogspot.in

Suka dengan ini?
|

loading...