Anda Sakit Perut? Ini Cara dan rawatan Sakit Perut yang Tak Ramai Orang Tahu, Sila share...



Pagi ni saya nak kongsikan serba sedikit cara dan rawatan untuk memulihkan sakit perut anda agar sembuh secepat yang mungkin.

Cara dan Rawatan Sakit Perut

1. Ambil beberapa helai daun jambu batu yang muda iaitu pucuknya.
2. Bersihkan kemudian masukkan kedalam mesin pengisar dan kisarkan untuk mendapatkan jusnya.
3. Tapiskan dan campurkan dengan sedikit gula dan bolehlah di minum airnya.

Terdapat juga beberapa cara lain yang boleh diamalkan.

Akar bunga matahari
Bahan: Akar bunga matahari kering secukupnya dan air panas sebanyak setengah gelas.
Cara pengubatan: Akar bunga matahari kering ditumbuk hingga halus, kemudian dimasukkan ke dalam setengah gelas air panas. Minum air akar bunga matahari tersebut seperti minum kopi sebanyak 2-3 kali sehari.

Biji jati belanda
Bahan: Sediakan 13 butir biji jati belanda dan setengah gelas air panas.
Cara pengubatan: Pertama-tama biji jati belanda disangrai kemudian ditumbuk hingga halus. Seduh hasil tumbukan tadi dengan setengah gelas air panas. Minum ramuan ini selagi masih hangat.

Daun Cermai
Sediakan 3 gram daun cermai dan setengah gelas air panas. Cuci bersih daun ceremai lalu dikeringkan dan ditumbuk hingga halus. Kemudian hasil tumbukan tersebut direndam dengan setengah gelas air panas. Setelah sejuk sedikit, airnya diminum sekaligus bersama hampasnya.

Buah Kapulaga
Siapkan 5 butir buah kapulaga dan 3 gelas air untuk merebus. Rebuslah kapulaga tersebut dalam 3 gelas air hingga mendidih. Setelah dingin, buahnya dimakan.

Cubalah semoga sakit perut anda semakin berkurang dan sembuh. Ini sahaja buat masa ini put kongsikan cara dan rawatan cepat untuk orang yang selalu sakit perut atau mengalami sakit perut.

JANGAN LUPA SHARE YA JIKA BERGUNA. - sumber putrashar.blogspot.com

Suka dengan ini?
|

loading...