Peti Ais.Masalah peti ais berbau sering dialami oleh kebanyakan orang di rumah.
Lagipun peti ais wajib berada di rumah anda, pelbagai barang yang diletakkan di dalam peti ais untuk memastikan barangan itu elok dan sejuk beku.
Namun begitu, kebiasannya peti ais yang bermasalah seperti tidak sejuk berpotensi untuk mewujudkan bau yang sungguh teruk dan membuatkan anda rasa seperti nak muntah!
1. Gunakan roti sebagai penyerap bau
Caranya: Keluarkan roti dari plastik, masukkan 2-3 keping roti di dalam peti ais, selama 5- 14 hari sehingga roti menjadi kering. Roti akan menyerap segala bau di dalam peti sejuk.
2. Menggunakan esen vanilla sebagai penyedap bau
Cara Pertama: Sediakan mangkuk air paip dan titiskan beberapa titik esen vanilla dan letakkan dalam peti ais . Kesannya ia akan mengeluarkan bau yang harum.
Cara Kedua: Selesai membersih peti ais, tuangkan sedikit esen vanilla pada sehelai kain bersih dan sapukan ke seluruh bahagian peti ais dan susun kembali barang seperti biasa. Kesannya peti ais akan berbau segar.
3. Menggunakan arang untuk menyerap bau peti ais
Cara Pertama: Letakkan 2-3 ketul arang di dalam peti ais. Arang tadi berfungsi menyerap segala bau yang kurang enak di dalam peti ais.
Cara Kedua: Letakkan ketulan arang tadi bersama dengan beberapa hirisan buah limau purut. Bau itu akan hilang dengan sendirinya.
4. Menggunakan nanas sebagai penyerap bau
Caranya: Letakkan beberapa kepingan kulit nenas ke dalam peti ais. Biarkan selama beberapa hari sehingga kulit nenas kecut lalu, gantikan dengan kepingan kulit nenas yang baru.
5. Soda Bikarbonat
Caranya: Ambil beberapa sudu soda dan bancuhkannya bersama air. Ambil kain dan lapkan di sekeliling bahagian peti ais. Hasilnya bau akan lebih cepat hilang. - [sumber wom.my]
loading...