Kucing, Superhero Yang Selamatkan Nyawa Tuan

cat4
KUCING merupakan salah satu haiwan peliharaan yang sangat comel dan begitu manja dengan manusia.
Bagi pencinta haiwan berkaki empat ini, kucing sudah diibaratkan bagai adik kandung sendiri, dialah intan payung dan peneman mereka setiap hari.
Kiranya kalau dapat bermanja pun sudah cukup untuk hilangkan stres kerja dan sebagainya.
Kali ini, kami ingin kongsikan dua kisah yang memaparkan bagaimana haiwan kesayangan nabi ini melakukan perkara yang kami rasakan agak bahaya demi melindungi keselamatan tuannya.
Kisah pertama mengenai seekor kucing bernama Tudu.
Menurut pemiliknya, Tudu mati akibat menggigit bungkusan kuning yang dipercayai berkait rapat dengan benda ghaib atau sihir.
Pada mulanya Tudu tidak memberi apa-apa petanda sedang sakit hinggalah tidak beberapa lama kemudian, ia kelihatan lemah membuatkan pemiliknya menyangka haiwan peliharaannya itu mungkin terkena racun.
cat10
Namun setelah melihat bungkusan kuning yang digigit Tudu, pemiliknya itu cepat-cepat membuang bungkusan tersebut.
Bagaimanapun tak lama selepas itu Tudu pun mati.
cat5
Dia yang sangat sedih dengan kejadian tersebut sempat berjumpa dengan seorang ustaz untuk bertanyakan mengenai bungkusan kuning tersebut.
“Berkemungkinan bungkusan kuning itu adalah buangan orang yang tidak tahu ke mana ianya pergi (bukan dihantar oleh orang) lalu menuju ke rumah dan dikesan oleh Tudu,” ujar ustaz terbabit.
Tudu mungkin mempertahankan orang yang telah berjasa pada dirinya sehingga dia sendiri terkorban.
Lihatlah, bila berbuat baik kepada makhluk Allah di muka bumi ini pasti akan dibalas dengan kebaikan juga..
Kisah kedua pula mengenai seekor kucing bernama Delta yang bertarung dengan seekor ular.
catcat
cat1
Mungkin ramai yang beranggapan kucing akan bertindak agresif terhadap ancaman kerana sifat lumrahnya ialah mempertahankan kawasannya.
Ya, anda tidak salah kerana kucing sama seperti harimau juga, mempunyai sifat mengawal kawasan miliknya.
Bagaimanapun tindakan yang ditunjukkan oleh kucing bernama Delta ini sebenarnya begitu besar pengorbanannya.
Delta secara tidak langsung telah menyelamatkan keluarga pemiliknya daripada bahaya binatang berbisa seperti ular.
Dari pengalaman kami sendiri, seekor kucing  itu sememangnya sanggup berjuang demi mempertahankan tuannya jika ia dibela kita dengan penuh kasih sayang. - [sumber mynewshub.cc]

Suka dengan ini?
|

loading...