Anak-anak bergurau lasak memang perkara biasa terutama anak lelaki. Tapi jika ibu bapa nampak gurauan anak melibatkan bahagian kepala ia tidak boleh dibiarkan.
Seorang ibu terpaksa berdepan saat mencemaskan bila anaknya sesak nafas, mengalami sawan dan hampir koma selepas bergurau dengan adiknya yang bertubuh besar.
Perkara tersebut diceritakan oleh si ibu Nor Farra Farahin dalam Facebook beliau 6 November lalu. Status tersebut turut mendapat perkongsian ramai netizen yang mengambil perkara tersebut sebagai pengajaran.
Peringatan dan pengajaran buat kami sekeluarga. Anak anak bergurau naik atas, tindih gelak sama adik beradik rupanya risikonya amat tinggi.
Mesti tertanya tanya sakit ape anak. Anak saya kekurangan oksigen, tak sampai ke otak. Dia mengalami sesak nafas yang mengakibatkan sawan tarik.
Doktor bagi tau oksigen tak cukup boleh buat anak koma. Adik yang bam bam ni tindih kakak, duduk atas kepala. Kakak tak dapat nak tolak adik untuk lepaskan diri. Bila tengok anak dah pucat dia mengadu sakit perut, rupanya dia sakit dada sesak nafas.
Anak tak sedarkan diri
Dia tak bagi tau hal yg sebenar. Masa tu waktu petang, ambik masa yg lama jugak. Bila dia tak sedarkan diri dlm pukul 1 pagi, jantung dia kuat bunyi, menggeletar seluruh badan.
Bunyi macam lembu kena sembelih, tetiba keras tak bergerak denyut jantung pun mcm behenti sekejap, matanya terbeliak naik atas.
Perasaan sy masa tu hanya Allah SWT yg tahu. Ingat dia dah takde dah. Goncang badan dia tepuk tepuk baru dia bergerak semua.
Kena sawan, kaki kejang
Buih keluar ikut mulut, dia kena sawan. Kaki tangan kejang. Tiada tempat nak mengadu hanya pada Allah, solat kunci utama untuk meminta pada Allah SWT.
Saya sebagai ibu byk kekurangan yg perlu diperbaiki,anak dah pulih dan selamat...
Sumber Facebook Nor Farra Farihan
Via vanillakismis.my
loading...