Salah satu perkara yang membuatkan seorang wanita berasa sedih adalah apabila suami kurang memberi perhatian pada dirinya.
Isteri biasanya tidak akan berterus terang tentang perkara ini pada suami sebaliknya dia akan meluahkan rasa hati melalui tindakan atau sikapnya.
Jika isteri memperlihatkan 7 sikap ini anda berkemungkinan besar sudah mengabaikan dirinya dan harus kembali mencari masa memberi perhatian pada si dia.
Kelihatan cemburu
Dia mula memperlihatkan sikap cemburu pada kerja dan rakan-rakan anda kerana merasakan dirinya tidak lagi jadi keutamaan.
Tidak lagi minta bantuan atau pendapat
Jika dulu isteri selalu meminta pertolongan melakukan kerja atau sekadar meminta pendapat tapi kini tidak lagi. Mungkin kerana dia sudah terbiasa dengan ketiadaan anda di sisinya.
Pakai cantik di rumah
Apabila isteri mengenakan baju yang cantik walau pun sekadar berada di rumah itu bermakna dia mahu mendapat perhatian dari anda. Dia perlukan perhatian dari suaminya.
Besarkan perkara remeh
Isteri kompelin tentang sikap anda yang sebelum itu langsung tidak mendatangkan masalah pada dirinya. Ini tanda ada sesuatu yang isteri tidak puas hati tentang diri anda.
Selalu kata rindu
Ini memang petanda yang jelas isteri kurang perhatian dari suami. Bermakna anda memang perlu meluangkan masa untuk dirinya.
Anda mula stalk laman sosial isteri
Anda berbuat demikian kerana merasakan ada sesuatu yang tidak kena dia dengan isteri. Daripada menyiasat di laman sosial adalah lebih baik menghubungi atau menghantar mesej bertanya khabar dirinya.
Anda suami isteri tidak tidur pada waktu yang sama
Berdua di kamar sebelum tidur adalah waktu terbaik untuk suami isteri berbicara tanpa gangguan. Jika anda dan isteri masuk tidur pada waktu berbeza mana mungkin memperoleh waktu ini.
Sumber : www.familyshare.com
loading...