ALAMAK BADAN BERBAU? 6 TIPS INI BOLEH BANTU

Foto - www.voceatransilvaniei.ro
Foto – www.voceatransilvaniei.ro
Jika anda biasa menaiki pengangkutan awam, mesti dah biasa dengan orang sekelilingi yang mempunyai masalah bau badan. Rasa macam nak beritahu yang badan dia berbau, nak sedekahkan deodoran supaya tak berbau lagi. 
Masalah bau badan seringkali dikaitkan dengan peluh yang banyak serta kurang penjagaan kebersihan diri pada ruang-ruang tertentu pada anggota badan. 

Jadi, apa yang perlu anda lakukan agar bau badan itu hilang? Nah tips dari kami.
Makan herba dan rempah ratus – Amalan memakan herba dan rempah ratus seperti ‘Medicago Satina’, ‘Petroselinum Crispum’, dan ‘Rosmarinus Officianlis’ dapat membunuh bakteria di dalam tubuh yang menjadi penyebab utama bau badan akibat berpeluh. Satu lagi cara adalah menggunakan air rebusan sireh yang dicampur garam sebagai air mandian untuk menghilangkan bau badan. Lakukan sekurang-kurangnya selama seminggu untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.
Diet seimbang – Masalah bau badan juga boleh berlaku sekiranya anda tidak menjaga pemakanan dengan baik dan teratur. Pemakanan yang seimbang boleh membantu mengawal metabolisme badan sekaligus dapat mengawal berat badan anda. Amalan minum air masak sebanyak 8 gelas sehari juga dapat membantu membuang toksin dalam badan yang mengakibatkan masalah bau badan.
Jaga kebersihan tubuh – Pastikan tubuh sentiasa bersih dan dijaga dengan baik. Sekiranya anda melakukan aktiviti lasak yang menyebabkan badan mengeluarkan peluh dengan banyak, pastikan badan anda kering terlebih dahulu sebelum mandi.
Deodaran – Kalau boleh gunakan deodoran yang sesuai supaya tidak berlaku sebarang iritasi kulit selepas penggunaannya. Carilah deodoran jenis anti peluh supaya baju di bawah lengan anda tidak basah yang boleh mencacatkan penampilan.
Wangian – Ramai menggunakan wangian sebagai penyelamat kepada masalah bau badan. Namun, harus diingat penggunaan wangian semasa badan berpeluh boleh menimbulkan bau yang lebih busuk dan tengik. Pastikan anda menyembur minyak wangi selepas mandi kerana pada waktu itu, badan anda dalam keadaan bersih dan segar.
Timun muda – Caranya sangat mudah. Apa yang perlu anda lakukan hanya dengan mengupas sebiji timun muda kemudian gosokkan di bahagian badan yang berpeluh. Lakukan selepas mandi. Sekiranya anda mandi sebanyak 3 kali sehari, lakukannya sebanyak 3 kali juga untuk mendapatkan hasil yang memberangsangkan. - sumber pesonapengantin.my via wanista.com

Suka dengan ini?
|

loading...